Tuesday, January 13, 2015

Majlis Ta’lim Darul Murtadza

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pendiri Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. 
Alhamdulillah, sejak saat itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang. lalu pindah ke Masjid Al Hidayah (AU3) dan sekarang, di Masjid Muadz Ibn Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan jamaah yang makin bertambah, InsyaAllah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan saja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

Source

No comments:

Post a Comment