Nama penuh / Nasab beliau:
Ali Zaenal Abidin Bin
Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar
Berikut adalah sedikit
sebanyak tentang latar belakang beliau:-
1974 – 1992
Beliau dilahirkan pada
hari Jumat, 12 April 1974, setelah sholat Jumat di Bondowoso, Jawa Timur,
Indonesia. Beliau adalah anak ke-2 dari 6 bersaudara (4 laki-laki dan 2
perempuan). Beliau dari keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan
yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok
pesantren di situ.
Sewaktu muda, beliau
berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharum
2. Ustadz Soleh Bal As’ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husain Bin Abu Bakar
Dan banyak lagi para
asatizah. Beliau berguru dengan mereka semua dengan berbagai-bagai kitab dalam
bidang agama.
1993-1995
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu
Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bunda, beliau pergi ke
Hadhramaut, Yaman untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru
dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al
Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid bersama Habib Umar Bin Hafidz
Beliau juga adalah satu diantara murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat awal beliau sebagai seorang pendakwah, diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.
1996-2001
Setelah pengajian
beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir juga. Selama 5 tahun di
Universitas Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi’ Abu
Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau,
seiring dengan belajar,dan terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan
mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari berbagai kaum dan bangsa.
2002-Sekarang
Setelah menerima ijazah dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universitas Al Azhar, beliau meneruskan menuntut ilmunya di Universitas Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.
Dalam tahun 2004, beliau menikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahi 3 orang puteri.
Alhamdulillah, beliau telah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Master).
No comments:
Post a Comment